Hubungan seks atau seks dalam sesebuah hubungan adalah satu langkah besar dan ini paling kerap berlaku ketika anak-anak muda berada di peringkat remaja atau awal dewasa. Pada masa kini terdapat banyak pandangan mengenai seks. Di khalayak ramai, tiada sesiapa pun dalam komuniti anda yang memperkatakan tentangnya , tetapi anda mungkin tahu beberapa orang yang membicarakannya secara peribadi. Tekanan rakan sebaya juga boleh mengganggu kerana anda mungkin mendapati diri anda terpaksa melakukan sesuatu yang anda tidak selesa dan tidak bersedia lakukan.
Anda juga mungkin mengetahui beberapa orang rakan anda yang melakukan hubungan seks. Terdapat banyak sebab yang biasa mereka berikan, contohnya:
Tetapi jangan risau, hanya anda yang boleh menentukan sama ada anda sudah bersedia untuk melakukan hubungan seks. Ramai orang membuat keputusan untuk memilih abstinen.
Abstinen bermaksud menjauhi dan mengelakkan. Dalam kes ini, ia bermakna mengelakkan seks. Abstinen adalah satu-satunya bentuk kontraseptif iaitu perlindungan 100% dan merupakan satu-satunya cara yang pasti untuk mengelakkan kehamilan yang tidak diingini dan tidak dirancang. Kebanyakan agama menggalakkan abstinen sehingga berkahwin. Sebagai contoh, dalam Islam, seks sebelum nikah dipanggil zina. Secara tradisinya di kalangan masyarakat Malaysia, melakukan hubungan seks sebelum nikah dianggap tabu.
Abstinen harus menjadi pilihan oleh seseorang untuk mengelakkan semua bentuk kegiatan seksual sehingga anda masuk ke alam perkahwinan. Bagi mengekalkan komitmen untuk tidak melakukan hubungan seks, seseorang itu bukan sahaja perlu belajar bagaimana untuk menahan perlakuan seksual dari orang lain, tetapi juga mencari sekumpulan individu yang berfikiran serupa untuk mendapat sokongan dan dorongan. Anda dan pasangan anda perlu mencapai persetujuan yang sama untuk menjayakan abstinen.

- Mereka mahu berasa diterima.
- Melakukan hubungan seks itu "cool".
- Ia menyeronokkan.
- Mereka sedang dilamun cinta dan ingin merasa rapat dengan seseorang.
- Lebih mudah untuk melakukan hubungan seks daripada bercakap mengenainya atau mengatakan tidak.