Apabila seseorang gadis mencapai akil baligh, dia adalah subur dan mampu hamil. Sebulan sekali, satu ovari akan mengeluarkan satu telur, fasa ini dipanggil ovulasi. Ovulasi berlaku pada hari ke-14 dari 28 hari kitaran haid. Telur akan melalui tiub fallopio dan menuju ke rahim.
Apabila lelaki dan perempuan bersetubuh, lelaki akan memasukkan zakarnya ke vagina gadis tersebut. Semasa hubungan seksual, lelaki akan mengejakulasi air mani yang membawa berjuta-juta sperma. Sperma akan berada di dalam vagina, berjuta-juta sperma akan mati tetapi hanya beberapa yang akan berjaya melalui tiub fallopio. Sekiranya telur perempuan berada di dalam tiub fallopio, sperma akan menyertai telur dan berlakulah persenyawaan. Telur yang telah disenyawakan (atau embrio) akan melekat pada dinding rahim. Embrio akan tumbuh menjadi janin (bayi). Ia mengambil masa kira-kira 9 bulan untuk bayi membesar di dalam rahim. Selepas 9 bulan, bayi akan dilahirkan melalui vagina (kelahiran semulajadi) atau kaedah kelahiran lain seperti pembedahan caesarean, pengekstrakan vakum atau forsep. Sekiranya persenyawaan tidak berlaku, maka haid akan berlaku.
Kehamilan boleh dielakkan dengan tidak melakukan hubungan seks. Seseorang wanita kemungkinan besar akan hamil sejurus selepas tempoh ovulasi - apabila telur dikeluarkan dari ovari.