Kerangka Aktiviti
Aktiviti |
Masa |
Bahan |
Kajian Kes |
10 minit |
Aktiviti 12.1 Kertas Edaran 12.1 |
Kajian Kes |
10 minit |
Aktiviti 12.2 Kertas Edaran 12.2 |
Kajian Kes |
10 minit |
Aktiviti 12.3 Kertas Edaran 12.3 |
Kajian Kes |
10 minit |
Aktiviti 12.4 Kertas Edaran 12.4 |
Sexual Grooming |
15 minit |
Video Online Grooming in Malaysia Aktiviti 12.5 |
Kajian Kes |
10 minit |
Aktiviti 12.6 Kertas Edaran 12.6 |
Rumusan |
5 minit |
Mesej untuk dibawa pulang |
Jumlah |
70 minit |
Persiapan dan Bahan
- Kertas edaran 12.1
- Kertas edaran 12.2
- Kertas edaran 12.3
- Video - Sexting itu COOL
- Kertas edaran 12.4
- Video Online Grooming in Malaysia
- Kertas edaran 12.6
Video - Sexting is not COOL
Video - Cyber Grooming Firdaus and Lisa
Video - Catfishing in Social Media (Social Experiment) - The Dangers of Social Media
Video - Lelaki itu akan menghantui saya selamanya
Aktiviti 12.1/12.2/12.3/12.4/12.6: Kajian Kes
- Bahagikan peserta kepada kumpulan 4 - 5 orang (bergantung kepada jumlah peserta)
- Edarkan (Kertas Edaran 12.1/12.2/12.3/12.4/12.6) kepada setiap kumpulan.
Masa: 10 minit untuk setiap kajian kes
Minta peserta untuk membincangkan:
- Apakah akta/akta-akta yang telah dilanggar oleh pelaku/pesalah dalam kes itu? Mengapa?
- Apakah langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil oleh mangsa yang terselamat pada masa akan datang?
Perbincangan: Simpulkan sesi dengan meringkaskan jenayah-jenayah yang boleh dihukum di Malaysia, galakkan mangsa yang terselamat untuk mencari bantuan dan pesalah untuk mendapatkan rawatan pemulihan.
Kajian Kes 12.1
BATU PAHAT - Polis menahan seorang lelaki yang memukul isterinya berhampiran Plaza Tol Ayer Hitam, dekat sini, jumaat lalu.
Tangkapan yang dilakukan di kediaman susperk di Taman Sri Kluang, jam 7:30, malam semalam itu dilakukan bedasarkan pengecaman kenderaan lelaki yang diterima daripada maklumat awam. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, lelaki yang berusia 44 tahun itu, dikatakan dalam perjalanan dari Kluang ke Johor Bahru dengan melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).
Katanya, sebaik sahaja tiba di Plaza Tol Ayer Hitam, perjalanan yang turut disertai oleh isteri beliau yang berusia 39 tahun dan anak perempuannya berusia 17 tahun itu, telah berlaku sedikit perbalahan.
"Sebaik sahaja tiba di Plaza Tol Ayer Hitam, berlaku sedikit perbalahan antara pasangan terbabit. Siasatan awal mendapati lelaki terbabit bertindak memukul isterinya kerana membebel disebabkan masalah kewangan."
"Daripada siasatan juga telah mendapati suspek turut mempunyai masalah mental dan pernah menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom Kluang. Suspek ditahan reman sehingga hari Khamis.", katanya.
Kejadian yang berlaku pada Jumaat itu berjaya dirakamkan semasa suspek sedang memukul isterinya dengan menggunakan kasut sehingga menimbulkan kemarahan di kalangan orang ramai kerana perlakuannya dianggap keterlaluan.

Kajian Kes 12.2
Seorang pelajar yang keciciran berusia 13 tahun didakwa dirogol oleh seorang lelaki berusia 68 tahun, yang merupakan sahabat keluarganya, lapor Sin Chew Daily.
Difahamkan bahawa gadis itu dihantar ke hospital untuk rawatan oleh lelaki itu selepas mengalami sakit perut yang teruk.
Seorang doktor di sana membuat laporan polis apabila dia mengetahui bahawa gadis itu telah didera secara seksual.
Lelaki itu ditahan sekitar jam 6 petang pada Selasa selepas laporan polis dibuat.
Akhbar berbahasa Cina itu melaporkan bahawa gadis itu memberitahu polis bahawa dia telah melakukan hubungan seks dengan lelaki itu beberapa kali.
Kejadian terbaru berlaku pada hari Sabtu di sebuah motel di Kota Sentosa, Kuching di Sarawak. Turut dilaporkan bahawa lelaki itu mengenali ibu bapa gadis tersebut, dan ada kalanya gadis tersebut mengikut lelaki itu keluar.

Kajian Kes 12.3
KUALA LUMPUR: Dia meninggalkan rumahnya di Sarawak pada 26 Ogos untuk menghadiri kolej di Kuala Lumpur tetapi mendapati dirinya diperkosa berulang kali oleh bapanya selepas dia menjemputnya di lapangan terbang.
Semalam, lelaki berusia 38 tahun itu mengaku bersalah terhadap 11 tuduhan rogol dan satu untuk seks oral di bilik sewanya di Lorong Haji Taib 1 di sini antara 27 Ogos dan 7 Sept tahun ini. Selepas menerangkan tindakannya sebagai menjijikkan, Hakim Mahkamah Sesyen M. Kunasundary menjatuhkan hukuman penjara 80 tahun dan 110 sebatan rotan. Beliau berkata: "Tertuduh sepatutnya ingat bahawa menjadi bapa adalah suatu tanggungjawap yang berdasarkan pada kepercayaan."
Hakim berkata, perbuatannya itu boleh menyebabkan gadis berusia 16 tahun itu trauma selama-lamanya. "Mahkamah tidak boleh memaafkan kamu atas apa yang telah kamu lakukan," kata Kunasundary yang mengarahkan 10 sebatan rotan untuk setiap pertuduhan. Lelaki itu, yang digari dan berpakaian penjara merah, berwajah kosong ketika Kunasundary membacakan hukuman itu.
Menurut keterangan fakta, tertuduh telah mengambil anak perempuannya, yang berasal dari Sarawak, di lapangan terbang KLIA pada 26 Ogos dan membawa anaknya tinggal di rumah sewanya. Gadis itu, yang ditinggalkannya sejak berusia enam bulan, datang ke sini untuk belajar di sebuah kolej tetapi dia memberitahu bahawa kolej itu tidak wujud. Dia telah merogolnya banyak kali dan gadis itu terlalu takut untuk melakukan apa-apa kerana dia mengancam untuk membunuhnya. Dia sering memukulnya, memukul lututnya dengan tukul, menamparnya, menendang perutnya, mencekik dan memegang pisau ke lehernya.

Kajian Kes 12.4
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berpewatakan wanita dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda berjumlah RM23,000 oleh Mahkamah Seksyen dan Mahkamah Majistret di Ampang atas tiga pertuduhan iaitu menghantar video lucah, melakukan peras ugut dan memiliki video lucah, Rabu lalu.
Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM15,000 atas pertuduhan menggunakan aplikasi WhatsApp untuk membuat dan menghantar video lucah dengan niat untuk mengugut seorang kenalan lelaki berusia 24 tahun yang dikenalinya melalui aplikasi WeChat. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu disebuah rumah di Taman Bukit Permai, di sini pada 12:05 malam, 6 April lalu.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaimi Mahamad Amin dan Norhashimah Hashim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal mengambil kira modus operandi tertuduh yang menggunkan aplikasi WhatsApp untuk merosakkan reputasi mangsa selain memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Kajian Kes 12.6
BUKIT MERTAJAM - Niat awal seorang lelaki yang menyelongkar tong sampah untuk mencari tin serta botol kosong akhirnya membawa penemuan mayat bayi lelaki dalam tong sampah di kawasan perumahan di Bandar Perda, hari ini.
Mayat lelaki yang dalam keadaan cukup sifat itu ditemui dibalut kain batik dan diletakkan dalam plastik hitam.
"Mayat lelaki itu ditemui dalam tong sampah berdekatan sebuah apartment di Bandar Baru Perda oleh seorang lelaki yang sedang menyelongkar tong sampah berkenaan kira-kira jam 11:30 pagi."
"Pihak polis kemudiannya menjalankan siasatan di lokasi penemuan mayat bayi tersebut, mendapati tempat kejadian merupakan tempat terbuka dan tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian," katanya.
Menurut pihak polis, mayat bayi ini kemudiannya dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

Aktiviti 12.5: Sexual Grooming
Masa: 15 minit
Tonton siri dokumentari pendek mengenai online grooming di Malaysia
R.AGE, Pemangsa di telefon saya: http://rage.com.my/sexual-abuse-victims-share-stories/
(Lelaki itu akan menghantui saya selamanya)
Jawab soalan berikut berdasarkan pemikiran anda mengenai dokumentari tersebut:

- Adakah anda tahu sesiapa yang mempunyai pengalaman yang serupa? Adakah anda pernah bertemu sesiapa melalui aplikasi pemesejan (chatting)?
- Menurut anda, apakah yang dicari oleh groomers?
- Menurut anda, kenapakah anak-anak muda menjadi mangsa online groomers?
- Bagaimanakah kita dapat lebih mengetahui hak kita untuk selamat dan bebas daripada penderaan dan keganasan?
- Apa yang boleh kita lakukan untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa online groomers?