Setiap orang, lelaki atau perempuan, berhak untuk berada dalam keadaan selamat. Anda mempunyai hak untuk mengatakan TIDAK. Tiada sesiapa berhak untuk melakukan tindakan seksual secara paksaan.
Tidak OKEY bagi sesiapa sahaja untuk menyentuh anda dengan apa-apa cara yang membuatkan anda berasa tidak selesa. Ini termasuk Ibu, Ayah, makcik, pakcik, guru atau rakan-rakan anda sekalipun. Tubuh anda adalah milik anda dan hanya anda yang berhak untuk mengatakan ya atau tidak kepada seseorang.
Jika anda berada dalam situasi yang tidak selesa, beritahu seseorang yang boleh dipercayai mengenai masalah anda. Anda juga boleh mendapatkan khidmat kaunseling melalui talian bebas tol.
Tidak OKEY bagi sesiapa sahaja untuk menyentuh anda dengan apa-apa cara yang membuatkan anda berasa tidak selesa. Ini termasuk Ibu, Ayah, makcik, pakcik, guru atau rakan-rakan anda sekalipun. Tubuh anda adalah milik anda dan hanya anda yang berhak untuk mengatakan ya atau tidak kepada seseorang.
Jika anda berada dalam situasi yang tidak selesa, beritahu seseorang yang boleh dipercayai mengenai masalah anda. Anda juga boleh mendapatkan khidmat kaunseling melalui talian bebas tol.
Strategi Perlindungan
Tetapkan pendirian anda
Fikirkan pelan sokongan.
Sentiasa berjaga-jaga .
|
Buat perancangan.
Jadilah bijak
Perkara yang paling penting adalah memberitahu seseorang jika anda atau rakan mempunyai masalah sehingga tindakan diambil.
- Jika anda menghadiri pesta, pastikan anda pergi dan pulang bersama-sama dengan orang yang anda percayai. Sentiasa berjaga-jaga dan sediakan pelan sokongan masing-masing apabila terjadi perkara yang tidak diingini.
Jadilah bijak
- Sekiranya anda ingin melepaskan diri daripada sesuatu situasi dengan serta-merta, tetapi bimbang menyinggung perasaan seseorang, bijaklah mencari alasan untuk menyelamatkan diri. Jangan biarkan diri anda berada dalam keadaan yang anda rasa tertekan, tidak selesa, atau terancam. Cari alasan untuk keluar dari keadaan, dan hubungi orang yang dipercayai dengan segera. Jadilah pintar, jagalah diri agar selamat!
Perkara yang paling penting adalah memberitahu seseorang jika anda atau rakan mempunyai masalah sehingga tindakan diambil.
Mendapatkan bantuan untuk keganasan & penderaan seksual di Malaysia
Jika anda diserang/didera/dirogol secara seksual, jangan risau tentang andaian tiada sesiapa yang akan mempercayai anda.
Lakukan perkara-perkara ini dengan segera:
Lakukan perkara-perkara ini dengan segera:
- Jangan mandi atau basuh bahagian intim anda. Anda akan membuang bukti penting yang boleh digunakan di mahkamah. Pergi ke hospital dengan segera, di mana selepas bukti diambil, anda boleh mandi.
- Pergi ke Jabatan Kecemasan di hospital kerajaan. Doktor akan memeriksa anda jika anda memberi keizinan dan kelulusan. Maklumat ini akan digunakan dalam siasatan polis.
- Kakitangan hospital akan memberitahu polis, dan pegawai polis wanita akan memberi bantuan dan menyokong anda.
- Jika anda tidak pasti apa yang perlu dilakukan, hubungi rakan atau orang yang rapat dengan anda atau talian bebas tol organisasi wanita.
Talian bebas tol untuk anda mendapatkan bantuan atau nasihat:
ORGANISASI |
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI |
kafe@TEEN hotlinekafe@TEEN hotline |
03 26137555 samb. 2173/2174 |
Talian Kasih |
Telefon atau SMS 15999 |
All Women's Action Society of Malaysia (AWAM) |
alian bantuan 03 7877 0224 |
Women’s Aid Organisation (WAO) |
Talian bebas tol 03 7956 3488 SMS/Whatsapp TINA to 018 988 8058 |
The Befrienders |
Talian bebas tol 03 7956 8144 atau 03 7956 8145 |
Women’s Centre for Change, Penang |
Hubungi 04 228 0342 |
Hospital KL, Pusat Krisis Sehenti |
Hubungi 03 290 5175 |
Perak Women for Women |
05 546 9715 |
Sabah Women's Action (SAWO) Helpline |
088 280 200 |
- Apakah pil kontraseptif kecemasan
- Di Malaysia, pil kontraseptif kecemasan dikenali sebagai 'Pil Pengguguran' kerana ia menghalang kehamilan dan kadang-kadang menyebabkan pendarahan vagina. Pada hakikatnya, pil kontraseptif kecemasan bukanlah ubat yang menyebabkan pengguguran (abortifacient). Menurut Persekutuan Ginekologi & Obstetrik dan Perundingan Antarabangsa untuk Kontraseptif Kecemasan menyatakan bahawa pil kontraseptif kecemasan berfungsi mencegah/melambatkan ovulasi dan mengurangkan risiko implan telur yang disenyawa ke dinding rahim.
- Pil kontraseptif kecemasan penting untuk diambil secepat mungkin selepas hubungan seksual tanpa perlindungan (UPSI). Tiada sekatan umur untuk membeli pil di Malaysia. Malah, boleh didapati di kaunter farmasi tempatan tanpa preskripsi.
- Jenis pil kontraseptif kecemasan yang terdapat di Malaysia:
Nama pil |
Fungsi |
Dos |
Jenama di Malaysia |
Levonogestrel (LNG) |
Untuk mencegah ovulasi (Pil Progestogen sahaja) Diambil dalam tempoh 72 jam (3 hari) |
Regimen 2 tablets (0.75mg)
1 pil (1.5mg)
|
Regimen 2 biji:
Regimen 1 biji:
|
Ulipristole Acetate |
Modulator reseptor progestogen selektif. Menghalang/melambatkan ovulasi. Diambil dalam masa 120 jam (5 hari) |
I pil (30 mg) |
|
Intrauterine contraceptive device (IUCD) bedasarkan kuprum |
Mengandungi kuprum untuk mengurangkan fungsi sperma. Ia boleh diterbalikkan (boleh dikeluarkan) Boleh dimasukkan sehingga 7 hari setelah UPSI Berisiko tinggi mengalami jangkitan pelvis dalam tempoh 21 hari pertama. Sila dapatkan nasihat doktor |
I pill (30 mg) |
Multiload Cu 250 IUCD |
- Kesan sampingan pil kontraseptif kecemasan:
- Loya dan muntah
- Sakit kepala/pening
- Sakit di bahagian payudara
- Sakit di bahagian abdomen
- Pendarahan haid tidak teratur
- Keletihan
- Sakit di bahagian pelvis
- Pil kontraseptif tidak 100% menghalang kehamilan (Abstinens kekal ideal)
- Ia tidak melindungi dari STI (Disyorkan untuk mendapatkan pemeriksaan STI)
- Ia tidak boleh menggantikan pil kontraseptif oral biasa yang diambil setiap hari kerana ia tidak akan berfungsi dengan cekap.