Di Malaysia, kebanyakan pengguguran yang selamat dilakukan di klinik atau hospital yang berdaftar. Doktor mungkin memberikan pilihan pil atau menjalani prosedur sedutan vakum. Pada masa ini, hospital kerajaan menyediakan perkhidmatan pengguguran selamat atas beberapa keadaan yang dibenarkan disisi undang-undang. Sentiasa dapatkan nasihat perubatan sebelum membuat sebarang keputusan. Sekiranya anda perlu khidmat nasihat, anda boleh menghubungi talian perkhidmatan berikut:
- KafeTEEN 03-26137555 ext -2173/2174
- Talian Kasih 15999
- Persekutuan Persatuan-Persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia (FRHAM) +603-5633 7514 / 7516 / 7528
- Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia (RRAAM) Hotline: +6012-477-2551