Kerangka Aktiviti
Aktiviti |
Masa |
Bahan |
Feminin & Maskulin |
15 minit |
Aktiiti 5.1 |
Permainan Jantina |
20 minit |
Aktiviti 5.2 Kertas sebaran 1 |
Kanta Gender |
10 minit |
Aktiviti 5.3 Majalah atau akhbar yang memaparkan imej budaya popular |
Akses yang saksama untuk semua |
10 minit |
Video |
Rumusan |
5 minit |
Mesej untuk dibawa pulang |
Jumlah |
60 minit |
Persiapan dan Bahan
- Nota 'Post-it'
- Pen penanda
- Kertas sebaran 1
- Majalah, akhbar yang memaparkan imej budaya popular
- Gunting
- Kertas dan gam
- Video
Video - Gender Equality in Education
Aktiviti 5.1: Feminin & Maskulin - Bagaimana Masyarakat Anda Melihatnya?
Masa: 15 minit
Bahan-bahan: Nota Post-It, Pen penanda
Aktiviti: Tulis pada potongan kertas/nota Post-It, dan tampalkannya kepada 2 kumpulan.
Perbincangan:
Bahan-bahan: Nota Post-It, Pen penanda
Aktiviti: Tulis pada potongan kertas/nota Post-It, dan tampalkannya kepada 2 kumpulan.
- Perkataan-perkataan yang biasanya digunakan untuk menggambarkan sifat Feminin (Cth. Emosional, lembut, sensitif, diam, mengasuh, mengambil berat)
- Perkataan-perkataan yang biasanya digunakan untuk menggambarkan sifat Maskulin (Cth. Berdikari, gagah, agresif, berdaya saing, yakin diri, memberontak)
Perbincangan:
- Bolehkah wujud pertindihan antara keterangan-keterangan di atas? Adakah anda fikir kategori yang dibentuk oleh masyarakat mengenai maskulin dan feminin adalah tidak realistik?
- Jelaskan bahawa semua lelaki mempunyai beberapa ciri feminin, dan semua perempuan mempunyai beberapa ciri yang disifatkan maskulin. Budaya mengajar bahawa perempuan dan lelaki berlawanan antara satu sama lain. Adakah anda fikir yang kita mempunyai lebih banyak persamaan berbanding perbezaan?
Aktiviti 5.2: Permainan Jantina
Objektif: Untuk memperkenalkan dan membezakan istilah 'gender' dan 'jantina'
Isi-isi perbincangan oleh Fasilitator:
Masa: 20 minit
Bahan yang diperlukan: Kertas, pen dan Kertas Sebaran 1
Kaedah:
*kertas sebaran boleh didapati di sumber aktiviti
Isi-isi perbincangan oleh Fasilitator:
- Definisi 'gender' dan 'jantina'
- Perbezaan antara 'gender' dan 'jantina'
Masa: 20 minit
Bahan yang diperlukan: Kertas, pen dan Kertas Sebaran 1
Kaedah:
- Peserta dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan dengan 4 orang ahli (bergantung kepada jumlah peserta, lebih baik dalam kumpulan-kumpulan kecil campuran)
- Fasilitator akan bertanya kepada peserta tentang pemahaman mereka mengenai Gender dan Jantina
- Jelaskan secara mudah kepada peserta tentang perbezaan tersebut berdasarkan kepada kertas sebaran yang diberi
- Peserta diberi kertas dan diminta menulis nombor 1 hingga 10
- Fasilitator membacakan pernyataan dalam Kertas Sebaran 1
- Peserta diminta menulis 'G' jika mereka fikir pernyataan itu merujuk kepada Gender dan 'J' jika mereka fikir pernyataan itu merujuk kepada Jantina
- Bincangkan jawapan dengan seluruh kumpulan.
- Fasilitator akan memberi tumpuan kepada idea-idea berikut
Adakah anda terkejut dengan mana-mana pernyataan yang diberikan?
Peranan gender sangat berbeza mengikut budaya, agama dan komuniti.
Pekerjaan, bangsa dan umur adalah komponen dominan dalam peranan gender. - Tutup sesi dengan soalan dan maklum balas.
- Tekankan kepentingan mengetahui objektif permainan.
*kertas sebaran boleh didapati di sumber aktiviti
Aktiviti 5.3: Kanta Gender
Masa: 10 minit
Bahan-bahan: Majalah, akhbar, dan mana-mana imej budaya popular. Bahan-bahan yang ditujukan kepada golongan muda adalah yang paling berguna. Gunting, kertas, gam. Anda boleh menugaskan peserta untuk mengumpul bahan dan membawanya sendiri.
Aktiviti: Minta individu atau pasukan untuk membuat kolaj daripada bahan-bahan yang mereka rasa berkaitan dengan seksualiti. Jika terdapat iklan yang tidak masuk akal, minta mereka untuk menggunting produk tersebut daripada imej bagi menjadikannya permainan meneka apa yang sepatutnya diiklankan? Minta mereka untuk membentangkan projek mereka.
Perbincangan: Galakkan para peserta untuk menilai projek dari perspektif gender.
Mengapa pengiklan, penerbit majalah dan lain-lain menggunakan imejan seperti ini? Apakah jenis kelakuan yang dipromosikan, jika ada? Adakah anda fikir ia membuat orang merasa lebih baik atau lebih teruk tentang diri mereka sendiri? Adakah lagu-lagu dan filem-filem popular menggunakan imejan jenis ini? Bolehkah anda berikan contoh lagu atau filem popular yang menggalakkan tingkah laku yang sihat? Yang tidak sihat? Adakah anda fikir anda secara peribadinya dipengaruhi oleh bahan jenis ini? Adakah ia memberi kesan kepada perasaan anda apabila anda melihat di cermin? Apabila membeli pakaian?

Aktiviti 5.4: Akses yang Saksama untuk Semua
Masa: 10 minit
Bahan-bahan: Video, Pembesar suara
Aktiviti: Mari kita tonton video mengenai kesaksamaan gender dalam pendidikan: Pengenalan kepada Kesaksamaan Gender dalam Pendidikan
Bolehkah anda fikirkan kepentingan integrasi gender? Apakah langkah kecil yang boleh anda cadangkan untuk akses yang saksama kepada kedua-dua lelaki dan perempuan dalam komuniti anda?
Perbincangan: Dorong para peserta anda untuk membuat langkah-langkah praktikal yang boleh mereka lakukan dalam komuniti mereka.

Aktiviti Tambahan - Kajian Kes
Kajian Kes 5.1
Nadia dan Elena merancang untuk menyertai kelas menjahit semasa cuti sekolah yang akan datang ini. Amir terdengar perbualan mereka dan berminat untuk menyertai kelas itu juga. Nadia memberitahu Amir bahawa adalah 'pelik' bagi Amir untuk menyertai kelas itu kerana menjahit adalah hal 'perempuan'. Walau bagaimanapun, Amir berminat untuk turut serta kerana dia mahu menjadi seorang pereka fesyen suatu hari nanti.
Anda, sebagai Elena, bagaimana anda mengatasi keadaan ini?
Adakah anda fikir sesuai untuk Amir menyertai kelas itu? Anda berpihak kepada siapa?
Kajian Kes 5.2
Sara, seorang gadis berusia 20 tahun datang kepada anda untuk mendapatkan sesi kaunseling bagi kemurungan kerana masalah hubungannya sekarang. Dia dan pasangannya sering bertengkar kebelakangan ini, biasanya mengenai tingkah laku Sara yang bertemu dengan dan mempunyai minat terhadap jantina yang berlawanan. Ketika di tingkatan 5, Sara mendedahkan diri sebagai homoseksual/lesbian kepada keluarga dan rakan-rakannya. Sara dan pasangannya telah bersama sejak itu. Sekarang, dengan perubahan tingkah laku semasa yang sedang Sara lalui, dia sangat keliru dengan dirinya sendiri dan dia tidak dapat mengendalinya.
Anda sebagai kaunselornya merencanakan masalah, isu dan keprihatinan yang terdapat dalam situasi Sara.