- Hubungan yang sihat adalah hubungan di antara dua individu yang dibangunkan atas dasar saling hormat menghormati dan percaya antara satu sama lain. Dalam hubungan yang tidak sihat, salah seorang akan berusaha untuk mengendali dan menguasai yang lain.
- Adalah penting untuk anda mengenali tanda-tanda hubungan yang tidak sihat sebelum ia menjadi lebih buruk.
- Kemahiran komunikasi yang berkesan membolehkan remaja menyelesaikan konflik dengan aman, berkongsi idea dengan orang lain dan menangkis tekanan negatif rakan sebaya.
- Dengan semua teknologi baru yang muncul iaitu Internet dan media sosial, akan ada potensi untuk ianya disalahgunakan. Pastikan anda sentiasa selamat di media sosial.