Setiap individu cenderung hidup mengikut tingkah laku dan peranan yang telah diperkenalkan oleh budaya dan masyarakat mereka. Media juga memainkan peranan penting. Sering kali, imej wanita dan lelaki cenderung kepada stereotaip.
Wanita diperlihatkan sebagai kurang agresif, berpakaian terdedah, menekankan peranan mereka sebagai objek seks. Wanita yang berkeyakinan diri sering dilabel sebagai "sukar", manakala lelaki dengan kualiti yang sama digambarkan sebagai "pemimpin".
Orang sering mengharapkan kanak-kanak lelaki dan perempuan untuk berkelakuan secara stereotaip; contoh, banyak mesej dalam buku yang menunjukkan ibu memasak sementara bapa pula membaca akhbar.
Sebagai contoh:
Wanita diperlihatkan sebagai kurang agresif, berpakaian terdedah, menekankan peranan mereka sebagai objek seks. Wanita yang berkeyakinan diri sering dilabel sebagai "sukar", manakala lelaki dengan kualiti yang sama digambarkan sebagai "pemimpin".
Orang sering mengharapkan kanak-kanak lelaki dan perempuan untuk berkelakuan secara stereotaip; contoh, banyak mesej dalam buku yang menunjukkan ibu memasak sementara bapa pula membaca akhbar.
Sebagai contoh:
‘'Budak lelaki tidak boleh memakai pakaian merah jambu, warna perempuan'
'Budak perempuan tidak boleh bermain bola sepak; ia adalah sukan bagi lelaki'
'Jika budak lelaki menangis di khalayak ramai, maka dia adalah lembik'
'budak perempuan lemah dan budak lelaki harus berani '.
...... dan begitulah seterusnya.
Apakah lagi contoh stereotaip lain yang boleh anda fikirkan?
- Siapa yang menjaga anak-anak ketika mereka sakit?
- Siapa yang melakukan kerja pembaikan di rumah anda?
- Sekiranya budak lelaki menangis di sekolah, adakah dia dilayan dengan cara yang sama seperti apabila budak perempuan menangis?
- Adakah kanak-kanak lelaki dan perempuan melakukan tugasan kelas yang berbeza, Contoh, seperti menyapu lantai, membersihkan papan hitam, membunyikan loceng?
- Adakah pasukan sukan perempuan dan lelaki dianggap sama penting di sekolah anda?
- Adakah kanak-kanak lelaki dan perempuan sama-sama digalakkan untuk melakukan tugasan yang menarik, terutamanya tugas yang memerlukan kepakaran teknikal cth. robotik?
Adakah anda fikir terdapat perbezaan dalam cara kita melayan gender? (Ketaksamaan)
Adakah anda fikir kita melebihkan satu gender berbanding yang satu lagi? (Diskriminasi)
Adakah anda fikir kita melebihkan satu gender berbanding yang satu lagi? (Diskriminasi)
Peranan gender menjadi semakin sengit ketika alam remaja. Remaja lelaki cenderung untuk menonjolkan sifat agresif, sementara remaja perempuan menjadi pengikut yang pasif. Bagaimana pendapat anda tentang kesan peranan gender terhadap tingkah laku seksual?
Adakah peranan gender mempengaruhi perilaku seseorang termasuk tingkah laku seksual?
- Remaja perempuan terdedah kepada gangguan seksual di rumah, sekolah dan tempat awam
- Terdapat ketidakseimbangan kuasa dalam hubungan apabila lelaki berkehendak, perempuan perlu menurut
- Perempuan dianggap sangat sensitif, pengikut yang lembut terhadap permintaan lelaki
Adakah peranan gender mempengaruhi perilaku seseorang termasuk tingkah laku seksual?
'Seorang lelaki adalah 'lelaki' jika dia melakukan hubungan seks'
'Seorang wanita hilang harga diri jika dia melakukan hubungan seks sebelum berkahwin'
Lelaki dan perempuan perlu berkelakuan sedemikian rupa sehingga mereka diterima dan diakui oleh masyarakat. Ini termasuk juga tingkah laku seksual dan bagaimana perasaan mereka terhadap tubuh mereka sendiri.
Dalam sesetengah komuniti, lelaki lazimnya secara semulajadi dominan berbanding wanita. Oleh itu, lelaki akan mengawal sesebuah hubungan. Perempuan perlu menurut keinginan seksual lelaki kerana mereka percaya bahawa tubuh perempuan adalah milik lelaki. Ini boleh membawa kepada kelakuan seksual yang tidak diingini dan rogol kerana wanita terpaksa menjadi subjek nafsu seksual lelaki.
Kedua-dua lelaki dan perempuan mempunyai hak yang sama untuk memainkan peranan dalam hubungan seksual.
Remaja perempuan dan lelaki, jika diberikan peluang yang sama, mereka sama-sama berkemampuan. Tiada ciri personaliti yang eksklusif bagi perempuan atau lelaki. Bolehkah anda berikan contoh orang-orang yang tidak mengikut stereotaip?