Kerangka Aktiviti
Aktiviti |
Masa |
Bahan |
Pasangan Ideal Saya |
20 minit |
Aktiviti 6.1 |
Mencintai tugas-tugas rumahtangga |
15 minit |
Aktiviti 6.2 |
Penggunaan kondom |
10 minit |
Aktiviti 6.3 |
Benar atau salah |
10 minit |
Aktiviti 6.4 |
Rumusan |
5 minit |
Mesej untuk dibawa pulang |
Jumlah |
60 minit |
Persiapan dan Bahan
- Kertas mahjong
- Pita pelekat
- Pen penanda
- Kertas
Aktiviti 6.1: Pasangan Ideal Saya
Masa: 20 minit.
Bahan-bahan: Carta selak, Kertas Mahjong, Pita pelekat, Pen penanda
Aktiviti:
Bahan-bahan: Carta selak, Kertas Mahjong, Pita pelekat, Pen penanda
Aktiviti:
- Bahagikan peserta kepada kumpulan sekitar lima hingga lapan orang. Jika terdapat kedua-dua lelaki dan perempuan di bengkel ini, bahagikan kumpulan mengikut jantina supaya para peserta bekerja dalam kumpulan dengan jantina yang sama.
- Beri setiap kumpulan peserta sekeping kertas mahjong dan pen penanda. Minta mereka menulis semua sifat yang mereka mahu pada pasangan romantis yang ideal. Berikan mereka masa lima minit. Galakkan peserta untuk berfikir tentang kualiti lain daripada hanya ciri-ciri fizikal yang mereka mahu dalam pasangan.
- Setiap kumpulan perlu membentangkan senarainya kepada peserta lain. Kenal pasti tiga kualiti yang paling penting.
Bincangkan soalan-soalan berikut:
- Bagaimanakah sifat pasangan romantis yang ideal?
- Adakah terdapat perbezaan antara pasangan yang sesuai, seperti yang ditakrifkan oleh kumpulan lelaki dan kumpulan wanita?
- Apakah perbezaan tersebut? Bagaimana anda menerangkannya? Adakah perbezaan yang positif? Adakah sebarang perbezaan yang negatif?
- Seberapa samakah peranan lelaki dan wanita dalam satu perhubungan?
- Jika peranannya tidak sama, mengapa? Adakah ini adil? Jika peranannya tidak sama, apakah akibat yang boleh terjadi?
- Mengapa penting untuk komunikasikan apa yang kita mahu dari satu sama lain dalam perhubungan?
- Apa yang diperlukan oleh wanita dan lelaki untuk berkomunikasi dengan lebih baik tentang apa yang mereka mahu dari satu sama lain dalam perhubungan?
- Bincangkan cadangan untuk menyokong wanita dan lelaki dalam membentuk dan mengekalkan perhubungan yang lebih baik.
Aktiviti 6.2: Mencintai Tuga-tugas Rumah Tangga
Masa: 15 minit.
Bahan-bahan: Carta selak, Pen penanda, Kertas, Pensel dan pen
Aktiviti:
Bahan-bahan: Carta selak, Pen penanda, Kertas, Pensel dan pen
Aktiviti:
- Minta peserta senaraikan lapan kerja rumah yang tipikal. Minta peserta fikirkan apa yang perlu dilakukan di rumah bermula dari bangun pagi hingga tidur. Senarai aktiviti haruslah termasuk perkara-perkara berikut - memasak, membeli makanan, pakaian, dan barang keperluan rumah, membersih dan mencuci, menjaga anak, mengawasi orang tua, aktiviti berkaitan sekolah (pengangkutan, kerja sekolah, mesyuarat di sekolah, dll.), Membayar bil-bil.
- Edarkan kertas kosong kepada setiap kumpulan. Minta peserta untuk melihat aktiviti-aktiviti dalam senarai dan kenal pasti sama ada ianya biasa dilakukan oleh wanita, lelaki, atau kedua-duanya.
- Minta peserta memadankan jumlah aktiviti yang dilakukan oleh wanita, lelaki, dan kedua-duanya dan senaraikannya di carta yang baru.
- Bincangkan:
- Adakah senarai aktiviti yang dilakukan oleh wanita dan lelaki dalam rumah tangga menghairankan anda? Mengapa?
- Adakah terdapat banyak variasi di kalangan peserta? Pada pendapat anda, kenapa berlaku sedemikian?
- Apakah faktor yang menyumbang kepada kurangnya pengelibatan lelaki dalam membantu menjaga anak atau/dan orang tua?
- Adakah anda berpendapat bahawa aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh lelaki dan wanita di rumah sedang mengalami perubahan atau masih sama? Patutkah ianya berubah? Mengapa?
- Apakah manfaatnya lelaki memainkan peranan yang lebih aktif dalam tugas-tugas rumah tangga?
- Apakah yang boleh dilakukan untuk menggalakkan pembahagian yang lebih saksama dalam menjalankan aktiviti rumah tangga?
- Apa yang telah anda pelajari daripada aktiviti ini
Aktiviti 6.3: Penggunaan Kondom
Masa: 10 minit.
Bahan-bahan: Carta selak, Kertas A4, Pen penanda, Kertas, Pensel dan Pen
Aktiviti: Debat
Bahan-bahan: Carta selak, Kertas A4, Pen penanda, Kertas, Pensel dan Pen
Aktiviti: Debat
- Bahagikan peserta kepada empat kumpulan.
- Setiap kumpulan diberi masa 5 minit untuk membincangkan yang berikut, dan mencatat jawapan mereka:
- Kumpulan 1 - Alasan kenapa lelaki mahu menggunakan kondom
- Kumpulan 2 - Alasan kenapa lelaki tidak mahu menggunakan kondom
- Kumpulan 3 - Alasan kenapa wanita mahu menggunakan kondom
- Kumpulan 4 - Alasan kenapa wanita tidak mahu menggunakan kondom
- Anggaplah persetubuhan diinginkan. Tanpa mengetahui terlebih dahulu dengan siapa mereka akan berunding, setiap kumpulan akan diminta untuk berunding dengan pasukan yang ditugaskan kepada mereka:
- Kumpulan 1 lwn Kumpulan 4
- Kumpulan 2 lwn Kumpulan 3
- Fasilitator akan mencatat hujah-hujah yang paling penting, yang menyokong dan membangkang apa yang terdapat pada carta selak. Semak hujah-hujah bersama peserta di akhir sesi rundingan.
- Bincangkan soalan berikut dengan peserta:
- Bagaimanakah perasaan berada dalam Kumpulan 1/3 yang ingin menggunakan kondom dan terpaksa memujuk pasangan mereka dari Kumpulan 2/4?
- Bagaimanakah perasaan menjadi Kumpulan 2/4 yang tidak mahu menggunakan kondom?
- Jika satu pasangan memutuskan untuk melakukan hubungan seks, apakah kelebihan dan kelemahan menggunakan kondom?
- Bilakah pasangan perlu berbincang mengenai penggunaan kondom?
- Bagaimana jika seorang wanita tidak mahu menggunakan kondom?
- Bagaimana jika wanita itu meminta pasangannya untuk menggunakan kondom dan dia tidak mempunyainya? Apa yang perlu dilakukan lelaki tersebut?
- Siapa yang patut mencadangkan penggunaan kondom? Apa yang anda fikirkan tentang wanita yang membawa kondom bersamanya?
- Apakah cara untuk mengatasi masalah ini dalam membincangkan penggunaan kondom dengan pasangan?
Aktiviti 6.4: Benar atau Salah?
Masa: 10 minit.
Aktiviti:
Aktiviti:
- Bincangkan sama ada pernyataan-pernyataan di bawah benar atau salah
- Mengekalkan perhubungan yang sihat memerlukan kerjasama kedua-dua pihak. | (Benar/Salah)
- Untuk perhubungan berkembang sihat, peranan kelelakian perlu sentiasa ada. | (Benar/Salah)
- Secara tradisinya, dipercayai bahawa peranan seorang lelaki adalah untuk mencapai kejayaan kewangan. | (Benar/Salah)
- Dilaporkan bahawa lelaki yang lebih aktif menjaga anak mempunyai kepuasan lebih rendah dalam perhubungan dengan pasangan dan dalam kehidupan seharian mereka. | (Benar/Salah)
- Remaja yang menggunakan kondom semasa hubungan seks kali pertama adalah kurang berkemungkinan menggunakan kondom dalam hubungan seksual yang berikutnya. | (Benar/Salah)
- Bincangkan sama ada anda setuju dengan pernyataan-pernyataan berikut:
- Menukar lampin, memandikan dan memberi makan kepada anak adalah tanggungjawab wanita sahaja.
- Adalah menjadi tanggungjawab wanita untuk mengelakkan diri daripada hamil.
- Penggunaan kondom yang konsisten dan betul adalah penting untuk mencegah STI dan kehamilan yang tidak diinginkan.