Seorang wanita yang hamil dengan kehamilan yang tidak diinginkan mempunyai 3 pilihan:
Tonton video: Abortion or Baby: Before You Decide (Pengguguran atau Bayi: Sebelum anda membuat keputusan)
- Melahirkan dan menjaga anak tersebut - Mengandungkan bayi untuk tempoh lengkap kehamilan dan kemudian terus menjaga bayi selaku ibu bapa kandung. Ibu bapa bayi mungkin atau mungkin tidak memutuskan untuk berkahwin.
- Program anak angkat - Ibu kepada bayi akan meneruskan kehamilan sehingga bayi dilahirkan dan kemudian menyerahkan bayi kepada ibu bapa angkat. Perkara ini perlu dilakukan secara sah, bagi memastikan bayi mempunyai dokumentasi, dan memberinya peluang terbaik dalam kehidupan.
- Pengguguran secara selamat - Hanya boleh dilakukan oleh doktor perubatan berdaftar, di bawah 3 syarat berikut
- Untuk menyelamatkan nyawa ibu mengandung.
- Untuk mengekalkan kesihatan fizikal ibunya.
- Untuk mengekalkan kesihatan mental ibunya.
Tonton video: Abortion or Baby: Before You Decide (Pengguguran atau Bayi: Sebelum anda membuat keputusan)
Hanya wanita yang boleh menentukan apa yang terbaik untuk dirinya. Mendapatkan maklumat mengenai kesemua 3 pilihan akan membantu beliau membuat keputusan, berdasarkan prinsip dan kepercayaannya. Kebanyakan wanita memilih untuk bercakap dengan seseorang. Anda boleh bercakap dengan pasangan anda atau orang yang dipercayai. Pilihlah orang yang menyokong, yang boleh membantu anda dalam membuat keputusan untuk diri sendiri.